ريحان

Telah lama dahulu.
Sejak sebelum engkau datang.
Dia telah terlebih dahulu datang kepadaku.
Menawarkan cinta sejati yang hakiki.

Telah lama sebelum engkau menunggu aku.
Dia telah lebih lama menanti aku,
Untuk kembali semula kepangkuan,
Menawarkan rasa yang lebih tenang & bahagia.

Meletakkan harapan & sandaran kepada dunia,
Tidak lain hanya membuka peluang untuk dikecewakan.
Kerana itu.. sandaran aku hanyalah kepadaNya.
Kerana Dia takkan sesekali mengecewakan aku..
Kerana hanya Dia saja yang setia mencintai aku..

Sungguh,
Aku melakukan semua ini.
Hanyalah kerana Dia.
Kerana sesungguhnya aku ini adalah untuk Allah.
Milik Dia, & akan kembali semula kepadaNya.

Aku sungguh takut,
Kiranya aku tersasar jauh dari rahmatNya.
Seperti dahulu,
Hidup tergapai mencari cahaya petunjuk,
Dahan yang ampuh untuk berpaut.

Kala itu….
Bukanlah mata aku yang buta.
Bahkan hati akulah yang gagal terlihat cahaya cinta.
Kerana telah mabuk akan wahn dunia.

Pernah ku beri hati kepada dunia..
Dunia menipu, mempersenda & mempergunakanku..
Pernah kuberi hatiku kepada manusia,
Manusia juga memperguna, mempersenda & menghancurkanku..
Dan bila aku membuka hatiku untuk Dia,
Bila aku serahkan hatiku kepada Dia..
Dia menjagaku, memeliharaku, mencintaiku & melindungiku…

Subhanallah..
Betapa pengasihnya pemilik hatiku itu..

Waktu aku tenggelam dalam lautan kejahilan,
Tercari arah tanda meneruskan kehidupan,
Dialah yang menghulurkan tali untuk berpaut.
Menyelamatkan aku..
Mengasihi aku..
Memberikan aku sebenar erti hidup..

MasyaAllah..
Sungguh..
mana hendak ku cari kekasih yang sehebat Dia..

Kala aku sedih.
Dialah yang menggembirakanku.
Kala aku sempit,
Dialah yang melapangkan aku.
Kala aku sakit,
Dialah yang menyembuhkan aku.
Kala aku sukar,
Dialah yang menyenangkan aku.
Kala aku kekurangan,
Dialah yang mencukupkan aku.

Subhanallah..
Sungguh…
Dia telah membuat aku terjatuh.
Terjatuh cinta berkali-kali.
Membuat aku tak mampu hidup tanpaNya.
Membuatkan aku selalu merindu.
Tanpa terlepas walau sedetik.

Dia tidak memerlukan aku..
Tetapi aku rapuh tanpa sedetik cintaNya..

MasyaAllah… hebatnya pemilik hatiku ini..

Tidak lama dahulu,
Suatu ujian hidup telah mencarik luka yang amat dalam bagi hati ini.
Amat dalam hingga aku menjadi takut berdepan dengan hidup.
Namun sekali lagi,
Dialah yang merawat semua kelukaan & kepedihan itu.
Lantas menyelamatkan aku dari terus tenggelam dalam perasaanku sendiri.
Sedangkan akulah yang telah menzalimi diriku sendiri..

Aku yang penakut ini.
Aku yang pengecut ini.
Mana mungkin aku mampu menelah hari esok.
Mana mungkin mampu aku menerus hidup ini.
Membuka kembali pintu hati yang pernah retak seribu.
Menyatu kembali serpihan hati yang pernah sehancur debu.
Kalau bukan kerana Dia yang menyembuhkan aku.

Dia Yang Pengasih itu..
Mengizinkan engkau hadir ke dalam hidup.
Maha suci atasNya..

Engkaukah penawar itu….?
Dengan izinNya, boleh jadi bukan.
Dengan izinNya, boleh jadi iya..

Walau masih takut.
Walau masih sangat takut.
Walau masih terlalu takut….

Takut akan diperguna.
Takut akan dipersenda.
Takut akan dipersia.
Takut akan dikecewa.

Jujur.. aku sungguh takut….

Tetapi kerana aku percaya Dia.
Maka aku cuba belajar untuk percaya.
Kerana aku yakin Dia,
Maka aku cuba belajar untuk yakin.
Kerana aku cinta Dia,
Maka aku cuba belajar untuk menerima & mencuba.

Hati aku, Dia yang pegang..
Hati engkau, juga Dia yang pegang..
Marilah bersama merapatiNya..
Mudah-mudahan dengan cara itu.. kita akan menemui bahagia yang dicari..
Marilah memperbaik hubungan hati denganNya..
Mudah-mudahan dengan cara itu.. kita akan menemui cinta yang dinanti..

Usah mendekati manusia untuk meraih cintanya.
Raihlah cinta Allah untuk memiliki cinta manusia yang mencintaiNya..
Usah berharap kepada manusia untuk meraih bahagia..
Raihlah cinta Allah untuk memiliki cinta manusia yang mencintaimu keranaNya..


Kerana telahku serahkan hidupku, matiku, solatku & ibadahku.. hanya untuk Dia..
Kerana hanya kepada Dia… Aku serah & sandarkan segalanya…
Sungguh.
Kerana aku ini adalah untuk Allah & akan dikembalikan semula kepadaNya.. moga Allah meredhaiku.

~~sedih baca. seperti diri ini

http://syauqahwardah1209.blogspot.com/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=35 (via enchantednajiha)

(Source: fatimahnajihahsolehah, via beautifulniqabis)

“Perkara pertama mesti diambil kira saat kita berubah menjadi lebih soleh dan solehah adalah lidah, kerana ia penentu niat di hati, bukan baju tapi perlakuan yang menggambarkan peribadi.”
— Muhasabah :’)

(Source: akucintaallah, via hijabjubahsneakers)

hijabiz:

Have Quran in your heart & you shall be safe from this Dunya & your Nafs 

hijabiz:

Have Quran in your heart & you shall be safe from this Dunya & your Nafs 

(via beautifulniqabis)

“How many times has this happened? You are reading the Qur’an and you come across a verse and you feel like you have never read this before.”
— (via strive4allah)

(Source: lionofallah, via beautifulniqabis)

“Jika aku silap, jika aku salah, jika aku khilaf. SALAHKAN AKU. Bukan tudung labuhku, bukan purdahku, bukan pakaianku.”
— (via fizahniqabis)

(via hijabjubahsneakers)

Pelikkah wanita berpurdah?
Tak.
Lagi pelik perempuan yang terdedah.

Sekian pantun dua kerat.

— (via hijabjubahsneakers)

Kau kata “Kesiannya penduduk Mesir”

Sambil buat muka sedih.

Muka risau sangat

Tapi kau kejam.

Kau kejam….

sebab


Kau langsung tak selitkan doa untuk mereka.

Langsung tak.


Kesian ape ke bende —”.

Sekurang-kurangnya doalah untuk mereka selepas solat kalau tak mampu setiap masa.

Doakanlah untuk mereka walaupun 5 patah kata,
“Ya ALLAH,selamatkanlah penduduk Mesir”

Awak, dan diri saya,

Please

STOP JADI MANUSIA HIPOKRIT.

STOP JADI MANUSIA YANG AMBIK BERAT FASAL MESIR,SYRIA,PALESTIN

disebabkan nak suruh orang cakap kau ni caring sangat pasal negara luar.

Tu riak tahu tak ?

Please doakan untuk mereka dan ikhlaskanlah diri.

:’(

— (via hijabjubahsneakers)

Kadang-kadang jeles jugak tengok budak sekolah agama,

Hati mereka suci, bersih ,dan terpelihara.

Sebab ikhtilat mereka terjaga.

Sekolah harian biasa,
yang campur laki dan perempuan

bukan takboleh buat semua tu.

Susah sedikit.

bila kita yang dulu,

senang bertepuk tampar dengan bukan mahram.

salah siapa?

diri sendiri yang pernah mengerti dan jahil. Allah :’(

p/s : ada masa lagi nak perbaiki.

— (via hijabjubahsneakers)

There are many good things to do.

One of them is…………………..


When someone wants to be your partner in HARAM relationship,


you refuse.

And said,


“I am seeking for Mardhotillah (Allah’s bless)”

— (via hijabjubahsneakers)

Dulu-dulu aku selalu letakkan prinsip dalam diri aku
“Aku tak boleh couple sampailah tingkatan 5”

Sampai sekarang masih berpegang

Dan…

Aku tanya diri aku,
Bila nanti,
Habisnya 2013,
Habisnya “Status Budak Form 5”
Aku akan bebas, terlerailah semua prinsip

dan..
couple sepuas-puas hati la? Cenggitu ke girl?

Tak..


Prinsip aku tu salah.


Tukar-tukar.


“Tak boleh couple dengan mana-mana ajnabi sampai bila-bila kecuali couple masa dah berkahwin.Tu baru halal.Ye dakk?”


Ini bukan sahaja prinsip. Ini suruhan Allah.

"Dan janganlah kamu mendekati zina"

Allah.Kuatlah hati aku.Soal hati dan perasaan, ia berubah-ubah.
Mohon hati ini agar sentiasa istiqamah.

ALLAH :)

— (via hijabjubahsneakers)